Selasa, 13 Disember 2011

celebrating birthday zack!


kawan-kawan KODA :)


waktu-waktu stress masa buat assignment, jam 3 pagi masih lagi di Fakulti Sains Sosial bukanlah perkara yang kita semua suka buat. tapi demi segulung ijazah, takda masalah pun. seronok lagi ada, walaupun kelihatan juge lah kelibat2 yang tak diingini. tapi rilek sudah! sebab kita nak belajar, bukan kacau die pon. eh selingan pulek.


lepastu nampak pulak kat fb notification birthday si Zack (yang gelap tinggi penuh tepung kat muka tuh). Fast (bersongkok belah kanan) beria contact kitorang suruh pergi beli tepung since Fast dengan Zack dan kawan2 group assignment dorang tengah buat keje dekat Kolej Keris Mas.

ape lagi, plan dah diatur dengan baik, sampai je motor Zack kat bus stand, terus kitorang lempar dengan telur! HAHAHAHAHA


tapi masalahnya ialah telur tu gred A! susah nak pecah! arghhh hahahahaha Zack mati2 ingat kitorang lempar batu kat dia. padahal telur. tambah plakkk tepung! memang terbaik! dah la masing2 pakai baju semua hitam. macam tau2 je berjanji nak sambut birthday Zack dengan baling telur! hehehhe


penat aku berlari mengejar bebudak ni ha, siap baling2 tepung bagai memang terbaik! nak buat kek! yihuuu!!!


hilang stress buat assignment. dok gelak2, dok kejar2, memang macam budak2 abes laa..hahahaha tapi ni la pengalaman manis dengan dorang :)
lepasni aku tak rasa la aku boleh buat benda2 camni lagi dah. hahahahaa

bagus gak buat keje gila kol 3-4 pagi tak tido sebab celebrate baling telur dengan tepung kat dorang nih. hehehe


SONOK SANGATTTTTTTTT THANKS KORANG!!!



0 orang sayang sayep!: