hai.
arini saya nak cerita sikit pengalaman saya pergi ke rumah perlindungan KEWAJA. rumah perlindungan ni hasil usaha sepasang suami isteri yang sangat baik hati, membantu setiap perempuan-perempuan yang telah mengandung hasil anak luar nikah, daripada awal kehamilan, sehinggalah bersalin, dan membina jati diri setiap gadis2 yang telah masuk ke rumah perlindungan ini, sampai la mereka benar-benar bersedia untuk kembali ke pangkuan keluarga.
sewaktu sampai ke rumah perlindungan tu, dalam hati ni risau, entah apa la yang akan jadi nanti. Niat datang sebab nak jemput mereka datang ke Program Perisai Buat Wanita tu, tapi mana la tahu, mereka semua tak dibenarkan keluar. bimbang aib pada diri mereka berlaku.
melangkah masuk ke rumah tersebut, semuanya serba sederhana. semacam satu tempat untuk mereka berteduh dari hujan dan panas. ada tempat sidai kain, sidai tuala, bilik-bilik pun tidaklah sebesar mana.
tetapi masa tu hati ni tersangat lah sedu. Allahuakbar. Subhanallah. betul ke ni..dengan suasana yang serba sederhana, tetapi Alhamdulillah mencukupi, semua ibu-ibu yang mengandung anak luar nikah ni duduk, sama-sama menyertai program yang kebetulan ada mahasiswa dari UKM Cheras yang ada buat program ketika itu.
terkedu, semua ada. bermacam-macam perasaan ketika tu. ketika bersalam-salam dengan adik-adik, kawan-kawan yang hamil tu, sayu hati ni tengok.
berbeza sangat.
kalau family kita ada yang pregnant, dijaga dengan baik, baca Surah kat dalam Al-Quran pada baby dalam perut, ada suami yang melayan, ibu mengandung dilayan secara istimewa oleh setiap ahli keluarga. tapi kawan-kawan kita yang dah terlanjur ni, rilek je dorang. ramai-ramai boyot, mereka jaga sesama mereka sendiri.
menitis air mata sebab sedih mengenangkan nasib anak remaja Melayu perempuan yang rela menyerahkan segala-galanya pada buah hati sehingga mengandung. bayi yang dikandungkan tu, nak disorok di mana??? beribu persoalan aku terfikir. sehingga menitik air mata. Allahuakbar.
besar sungguh kuasa Mu.
aku berharap sangat kawan-kawan yang sebaya aku yang masuk ke KEWAJA tu, insaf. memang betul Allah cakap, jauhi zina. Aibnya mengandung anak luar nikah, tak terpikul! apa agaknya kata mak ayah, mana malu nak letak pada masyarakat. sungguh aku terkesan dengan lawatan singkat ini.
banyak sangat input dan nasihat-nasihat perihal cinta / lelaki perosak yang aku dapat daripada pakcik yang menjaga setiap gadis kat rumah perlindungan tu. antaranya,
1- sudah menjadi tugas lelaki yang sepatutnya memujuk, bukan perempuan. tapi zaman sekarang ni dah terbalik. perempuan yang banyak memujuk rayu. lelaki takkan heran der kalau kita beria pujuk dia balik!
2- kalau kita gunakan akal fikiran dengan sempurna, kita boleh 'SCAN' mana lelaki yang ikhlas dengan kita. tak perlu ditanya setiap hari. bukan perlu dibuktikan dengan menyerahkan anggota tubuh dengan menyatakan cinta.
3- adanya sifat MALU perempuan itulah merupakan PERISAI utama setiap wanita.
4- kalau benar-benar kita menjadi perempuan MELAYU, setiap lelaki akan berputih mata!
5- jodoh itu di tangan Tuhan, tidak perlu kita mencari, ia akan datang sendiri apabila tiba masa dan saatnya yang sesuai.
6- perasaan cinta perlu dikorbankan! bukannya cinta perlukan pengorbanan! bullshit itu semua!
disebabkan kita masih lagi belajar, kita perlu korbankan perasaan cinta itu. itu jihad terbesar aku rasa.
Alhamdulillah. banyak input dapat. semoga aku ambil iktibar sedalam-dalamnya selepas ini. PERISAI UNTUK WANITA!
*shingg shinggg kuarkan perisai*
udah macam biawak komodo aku rase.
bye.
1 orang sayang sayep!:
uhuk uhuk...bukan ke dah takder blog ni???uhuk uhuk uhuk... http://adlinanaim.blogspot.com
Catat Ulasan