- Mengapa terjadi rindu? adakah rindu membuat seseorang menjadi resah? apa kaitannya antara semua perasaan apabila merindu? adakah tertulis jawapannya di dalam hati?
- Perasaan rindu satu melodi hati yang melahirkan perasaan untuk bertemu dengan seseorang. Secara rasional seseorang yang merindu akan merasa kesepian.
- Oh bertapa indahnya kasih sayang apabila kita merindui seseorang. Sedar atau tidak, kehadiran insan yang kita rindui menghayutkan rasa cinta.
- Hati sendiri berdetik akan sebuah penantian, tidak sabar untuk bertemu kembali. Semua perasaan indah yang pernah bersemi terus berlegar-legar di dalam fikiran.
- Setiap senyuman dan raut wajah insan yang dirindui terus terukir dalam benak minda. Namun penantian yang belum pasti membuahkan rasa kesepian.
- Apabila sepi melanda, kesayuan hati mula menebal, meminta belaian. Angan-angan terus menjadi harapan untuk terus melayani perasaan.
- Sepi adalah rindu, rindu adalah hati, siapakah yang bakal kumiliki?
- Aku akan terus merindui insan yang aku cari, walaupun masih kabur pandangan hati, keyakinan kepada ketentuan Ilahi terus mengukuhkan pencarian ini.
- YA Allah temuilah aku dengan perindu hatiku, jadikan lebaran baru menjuarai kesepian hati.
- Pada insan di sana, aku ingin kau tahu, aku amat merinduimu!!!
Taken from Dr Suhaimi Mohamed, Disember 28, 2011.
gittuew, kellas kau jah. mampu? tak mampu... (sambil mengasah pensel sama tinggi dan masuk dalam bekas pensil)
falsapah tinggi sangat! :p
0 orang sayang sayep!:
Catat Ulasan